PROGRAM IHYA' RAMADHAN TAHUN 2017/1438H
Mukadimah
Iftar Jama'i atau "berbuka puasa secara berjamaah" merupakan amalan sunnah dalam ibadah puasa. Sejajar dengan penghayatan Ramadhan, Iftar Jama'i dapat memberi peluang kepada warga sekolah dalam usaha mengeratkan silaturrahim. Kegembiraan pasti terpancar pada raup muka pelajar khususnya mereka yang kurang berkemampuan. Amalan sunnah yang lain seperti Solat Tarawih dapat membimbing diri pelajar untuk terus membudayakan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian mereka.
Objektif
1. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
2. Mengamalkan kelebihan dan perkara sunnah di bulan Ramadhan.
3. Memberi kegembiraan ketika berbuka puasa dan galakan kepada budaya jama'ie dalam segala aspek.
4. Mengeratkan ukhuwah antara semua warga sekolah.
Tarikh: 17 Jun 2017/22 Ramadhan 1438H
Anjuran bersama:
- Panitia Pendidikan Islam Jawatankuasa Surau Al-Falah
- Majlis Guru dan Kakitangan (MGK)
Tempat: Surau Al-Falah SMK Raja Muda Musa
Sasaran:
- Pelajar-pelajar Islam
- Guru-guru Islam dan kakitangan
Aturcara Majlis:
6.30 petang-6.50 petang- Pendaftaran dan pelajar berkumpul di surau
6.50 petang-7.20 malam- Bacaan Yasin
7.28 malam-7.45 malam- Iftar Jama'i
7.45 malam-10.30 malam- Solat Maghrib
- Makan malam
- Solat Isya'
- Solat Terawih
- Bersurai
Bacaan Yasin
Iftar
Makan selepas Solat Maghrib
Sekalung budi: Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
0 comments:
Post a Comment