Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Bagi menjayakan hari bersejarah ini, pihak surau telah membuat satu program Maulidur Rasul yang setiap kali akan dipanggil penceramah untuk menyampaikan perkara bermanfaat kepada para pelajar. Alhamdulillah, program yang dijalankan mendapat sambutan yang baik. Semoga apa yang disampaikan dapat menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada para pelajar pada masa kini dan masa akan datang.
Tarikh: 22 January 2016
Penceramah: Ustaz Rushdi


0 comments:
Post a Comment